Blog

Rahsia Sehelai Songket Terengganu

Disebalik sehelai songket yang ditenun dengan menggunakan alat tenunan songket, terdapat cerita yang mungkin agak pelik untuk didengar. Ceritanya berkenaan dengan bahagian-bahagian khusus yang terdapat pada alat tenunan songket tersebut. Walaupun saya orang tempatan dan lahir di Terengganu, tetapi saya sendiri belum pernah mempunyai peluang untuk melihat secara dekat bagaimana sehelai songket dihasilkan dan lebih bertuah lagi saya dapat mengetahui bahagian-bahagian khusus yang terdapat pada alat tenunan songket ini.

Hal ini boleh dikatakan sebagai “RAHSIA” kerana saya sendiri juga tidak terfikir, rupa-rupanya pada alat tenunan songket yang besar ini, ia terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil pula dan mempunyai nama yang khusus. Pasti anda juga tidak terlintas untuk bertanya sekiranya berpeluang ke tempat-tempat menenun songket kerana nama-namanya memang unik. Seperti mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri pada setiap bahagian tersebut. Ia juga mengambarkan tentang loghat dan budaya asli masyarakat Terengganu.

Anak Geligeng

Tenunan Songket Terengganu - Anak Geligeng

Kenapa Hasilkan Siri Panduan Belajar Gitar?

siri-panduan-belajar-gitar-tahap1

siri-panduan-belajar-gitar-tahap2Persoalan ini sering timbul ketika saya dalam proses menulis buku belajar gitar ini beberapa tahun lepas. Hal ini juga sering dipersoalkan oleh sesetengah pihak seperti mempertikaikan siapa saya sehingga mampu menghasilkan buku seperti ini.

Secara umumnya, saya bukanlah sesorang yang ternama, hebat dan dikenali. Saya cuma seorang manusia biasa yang sangat meminati muzik. Saya suka berbicara tentang apa yang saya minat dengan orang lain, apatah lagi jika minat seseorang itu sama dengan minat saya.

Jadi, kali ini saya ingin memberi sedikit jawapan kepada persoalan di atas moga-moga apa yang ditulis ini dapat memberi sedikit input kepada anda.

 

1. Untuk Berkongsi Minat & Pengalaman

Saya mula belajar bermain gitar kira-kira 12 tahun yang lalu. Bermula dengan membeli gitar tanpa mengetahui satu pun chord gitar sehingga saya mampu menjadi seorang tutor gitar. Terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang tempoh itu dan ini adalah salah satu cara untuk saya berkongsi pengetahuan yang saya ada. Saya mula belajar bermain gitar secara bersendirian tanpa ada tutor atapun mereka yang tahu bermain gitar. Jadi saya memahami bagaimana sukar untuk belajar tanpa ada sumber pembelajaran. Apatah lagi ketika itu sumber pembelajaran gitar hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Sehingga kini juga, saya melihat masih kurang sumber-sumber pembelajaran tentang gitar yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu. Selain itu, sepanjang penglibatan saya, ramai dikalangan sahabat-sahabat saya dahulu kurang mengetahui tentang teori permain gitar dan mengganggap ia adalah sesuatu yang sukar. Jadi saya mengambil inisiatif ini untuk mempermudahkan pemahaman tentang teori-teori permainan gitar melalui penyampaian dalam Bahasa Melayu. Kandungan dalam buku ini juga bukan sahaja tentang teori semata-mata, ia juga menceritakan pengalaman. Pengalaman saya belajar tentang bagaimana untuk belajar dengan betul, bagaimana untuk melakukan praktis, bagaimana untuk cepat mahir dan lain-lain lagi. Jika diceritakan tentang pengalaman, terlalu banyak untuk saya kongsikan termasuk berkerja di studio untuk belajar tentang alat muzik, bunyi alat muzik, rakaman muzik dan lain-lain. Diringkaskan, saya minat bidang ini walaupun tidak secara langsung, saya ingin menjadi salah seorang yang menyokong newbie untuk belajar bermain gitar. Jadi, Siri Panduan Belajar Gitar adalah satu cara untuk saya memberi galakan kepada mereka.

2. Kerana Komitment Hidup

Jika anda kenal siapa saya, saya bukanlah seorang pemuzik dan tutor gitar sepenuh masa. Mungkin dulu saya sangat aktif bermain muzik, bekerja di studio dan juga menjadi tutor gitar. Tetapi keadaan sudah berubah, komitment hidup juga kian bertambah dan tanggung jawab yang lain harus diutamakan. Namun, saya tidak mahu tinggalkan segala apa yang pernah saya pelajari suatu ketika dulu. Segala wang, masa dan kemahiran yang saya ada, saya tidak mahu ia berlalu dengan sia-sia. Masih ramai newbie-newbie yang ingin belajar bermain gitar dan mengharapkan perkongsian ilmu dari mereka yang lebih berpengalaman sama seperti saya waktu mula-mula ingin belajar bermain gitar dahulu. Saya cukup memahami bagaimana kesukaran seorang newbie untuk belajar bermain gitar tanpa mempunyai sumber pembelajaran yang betul untuk diikuti. Jadi, sekiranya suatu hari nanti saya tidak lagi aktif melibatkan diri dalam bidang muzik ini, sekurang-kurangnya buku yang saya hasilkan ini terus menjadi salah satu sumber pembelajaran untuk mereka yang ingin belajar bermain gitar. Saya juga dapat terus berkongsi pengetahuan yang saya ada walaupun secara tidak langsung. Buku ini akan menjadi satu asset penting untuk saya dan generasi akan datang. Belajar tanpa ilmu adalah sangat sukar, gunakan panduan ini dengan sebaik-baiknya dan saya akan cuba membantu jika anda memerlukan.

Welcome!

Hello, salam perkenalan kepada semua. Ok, untuk post pertama ni saya just nak bagi “Greeting Wish” lah kepada semua orang ramai dan bakal-bakal pelawat ke web saya ni. Anda boleh usha-usha lah setiap content kat sini yer. Ada tentang macam mana nak belajar main gitar, nak cari chord gitar dan video lesson pasal muzik. Yang minat dan nak tahu tentang photography dan videography pulak, boleh lah visit port folio saya. Yang nak kawin tu, cepat-cepat buat booking. Booking terus, jangan tunggu lama-lama nanti di ambil orang.. haha.. Tentang motion graphic pulak, akan diupdate nanti. Jadi kalau nak tahu, terus lah jenguk-jenguk web ni dari semasa ke semasa..

Macam mana nak terus update tentang entry dalam web ni? Haaaa, saya jugak ada facebook page. So, yang belum “LIKE” tu cepat “LIKE” sekarang yer.. Sekarang k..! haha.. Selalunya saya lebih banyak update melalui personal facebook saya jugak, so bleh “ADD” my personal facebook jugak yer..

Website ni sebenarnya dihasilkan lebih kepada untuk sharing. Means saya share ape yang saya buat dan yang saya tahu. Walaupun saya menyediakan service secara professional, tetapi tidak brmakna semua kene serius. So, jangan strict sgt, just chill and enjoy k. Yang mahukan sebarang service yang saya sediakan tu, boleh lah jugak direct contact saya. No phone pun dah ada kan, jadi jangan malu-malu nak call or message or wassap.. Free je kan.. haha..