Dang Sa Media Blog

Rahsia Sehelai Songket Terengganu

Disebalik sehelai songket yang ditenun dengan menggunakan alat tenunan songket, terdapat cerita yang mungkin agak pelik untuk didengar. Ceritanya berkenaan dengan bahagian-bahagian khusus yang terdapat pada alat tenunan songket tersebut. Walaupun saya orang tempatan dan lahir di Terengganu, tetapi saya sendiri belum pernah mempunyai peluang untuk melihat secara dekat bagaimana sehelai songket dihasilkan dan lebih bertuah lagi saya dapat mengetahui bahagian-bahagian khusus yang terdapat pada alat tenunan songket ini.

Hal ini boleh dikatakan sebagai “RAHSIA” kerana saya sendiri juga tidak terfikir, rupa-rupanya pada alat tenunan songket yang besar ini, ia terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil pula dan mempunyai nama yang khusus. Pasti anda juga tidak terlintas untuk bertanya sekiranya berpeluang ke tempat-tempat menenun songket kerana nama-namanya memang unik. Seperti mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri pada setiap bahagian tersebut. Ia juga mengambarkan tentang loghat dan budaya asli masyarakat Terengganu.

Anak Geligeng

Tenunan Songket Terengganu - Anak Geligeng

Belire

Tenunan Songket Terengganu - Belire

Jetere

Tenunan Songket Terengganu - Jetere

Karak

Tenunan Songket Terengganu - Karak

Kei

Tenunan Songket Terengganu - Kei

Loseng

Tenunan Songket Terengganu - Loseng

Papan Gulung

Tenunan Songket Terengganu - Papan Gulung

Pese

Tenunan Songket Terengganu - Pese

Pleting

Tenunan Songket Terengganu - Pleting

Sumbi

Tenunan Songket Terengganu - Sumbi

Torok

Tenunan Songket Terengganu - Torok

Nama-nama bahagian pada alat tenunan songket ini disebut (pronounce) mengikut loghat Terengganu, untuk mengetahui sebutan yang betul mungkin anda perlu bertanya orang Terengganu. Hanya orang Terengganu sahaja yang tahu cara sebutan yang betul kerana loghat sesuatu tempat/masyarakat tidak boleh ditiru atau ditukar mengikut Bahasa Melayu standard kepada Bahasa Loghat sesuatu tempat/masyarakat.

That is our culture in Malaysia, so colourful.. Proud to be Malaysian..  Yearghhh..! The easy way to learn how to pronounce is, you can call me directly.. I’m happy to hear it from you.. Thanks for reading.. 🙂

Share with friends   

Written by

The author did not add any Information to his profile yet